Pages

Wednesday, January 3, 2018

ENTRY BERGAMBAR : Hokkaido Day 1 !

Hi

Wow rasa janggal pulak balik Malaysia berpeluh hahaa ayat minta penampar lupa diri. Mentang2 baru balik dari Hokkaido and skang pulak tengah winter. Snow kat Hokkaido very sejuk  . Sempat la merasa 5 hari duduk negara orang yang tengah snow dan tak berpeluh i tak biasa tau peluh2 ni haha .  Bertolak dari KL pukul 10.50pm naik Japan Airlines , bagus la bertolak malam sebab waktu Jepun n Malaysia beza sejam jee. Jepun awal sejam, kalau kat Jepun kul 5 kat Malaysia kul 4 . Haa gitu. So bertolak malam, tidur jela dalam flight then sampai2 dah pagi kat Jepun. 


Sampai2 terus hyper berjalan sebab dah pagi kan. Bertolak pukul 10.50 pm dari KLIA ( wow bangga type airport negara sendiri hihi ) sampai di Narita Airport at 6.35 pagi waktu Jepun. Pastu terus naik bus pergi Terminal 3 pulak sebab kena catch flight Jetstar untuk ke Shinchitose Airport .  Ada la transit dalam 2 jam sebelum bertolak ke Shinchitose Airport .



Dalam sejam sampai la ke Shinchitose Airport .



Shinchitose Airport ni airport terbesar kat Hokkaido. Dulu nama dia 'Chitose' Airport je tapi sebab dah airport tu dah diperbaharui diorang tambah nama perkataan 'SHIN' kat depan SHIN tu maksudnya NEW...so jadi laa Shinchitose Airport . Rajin i cerita sejarah hahaa sebab jakun ni tak pernah poie Hokkaido . Alang2 tu biarlah berilmiah sikit. Takdela korang rasa membazir data baca blog namee ni. 


Dalam Shinchitose Airport ada macam2 pulak ahahaiii we all cannot tahan harus la berjalan dulu. Alang2 tu explore terus la segala benda yang ada dalam Shinchitose Airport ...



- Doraemon Skypark . Siapa je tak minat Doraemon? 

- Hello Kitty Happy Flight - Budak kecik confirm tak meragam kalau kena duk airport lama2 ekeke segala jenis hiburan ada. 
- SORA Cinema Chitose . Boleh tengok wayang sekali. 
- Chitose Airport Onsen . I duk la dengar depa duk sebut 'onsen' 'onsen' apa benda la onsen ni rupanya onsen ni is a hot spring, mandi air panas. 

Tapi yang kitorang sempat visit dalam Shinchitose Airport is.... Doraemon Skypark , Hello Kitty Happy Flight and tempat ROYCE Chocolate je sebab masa suntuk memang tak dapek la nak layan movie atau onsen tu. 






-
-
-
-
-
-
-
-






DORAEMON SKYPARK


I tak tahu lah korang macam mana, tapi i memang obses jugak ah dengan komik Doraemon ni dulu dan masih dendam kesumat kat pengawas yang rampas komik i beli kat bookshop. kekekeke . 


I memang sajaaa letak gambar banyak2 dah nama nak share trip Hokkaido haritu kan so i letak banyak2 gambar okay. 



 Jom jom...Smile Road katanya...memang lalu road ni asyik eh best nya eh best nya...lupa pulak i mak anak dua. Mereput lupa diri masuk Smile Road ni. 



Doraemon....Dorae..mauunn ( harakat dan makhraj kena betul ). Walaupun Adam Noah tak tengok Doraemon tapi diorang kenal Doraemon i tak tahu diorang kenal dari mana hahaa. Adam will be like 'memon memon' ( bahasa speech delay )





Siap ada workshop lagi okayy...budak yang kepenatan lepas flight pun tak jadi meragam la cenggini. 


 Everywhere also Doraemon. 



Semua barang Doraemon je dah nama Doraemon Skypark kan. Kedai cenderahati all Doraemon la takkan Upin Ipin pulek keke. 




 Ni entrance nak masuk Doraemon WakuWaru Skypark...muka Doraemon very welcoming gitu. 















Semua mak orang, semua bapak orang. Masing2 sasau jadi kanak2 riang.  Lupa nak sebut, kitorang pergi 4 orang. Kak Filla, Ujang , Jocko and meeeee. 



 Korang rasa dalam ni manusia ke robot ? I beriya buat muka kagum sebab ingat robot pastu diorang gelak2 pastu i pun tak tahu la ni robot ke manusia maka i pun berhuhuhu jela.  Comel awek Jepun tu. Kawai. 




Watak Sunyo suara kepit.













 










HELLO KITTY HAPPY FLIGHT
Cute ! Walaupun i bukan la girlish sangat tapi masa ada kempen Hello Kitty kumpul2 patung McD tu boleh tahan excited gak tengok. 




I naik business class je uols. 










Sempat jugak tengok pembuatan coklattt Royce ni dari dinding kaca jela tapi tu pun dah excited. 


Kalau pergi Hokkaido jangan lupa singgah tempat2 ni rugi kalau tak singgah. Alang2 tu kan, sampai2 kat airport je dah ada tempat untuk merayap wuhuuuu. Nak masuk Doraemon Park takde la mahal sangat..


Kanak2 = 400 yen
Remaja 13 to 18 = 500 yen
Dewasa = 800 yen




Dah puas merayap, perut lapor la pulek. Jadi marilah pergi makan. Seafood here we come !  


-
-
-
-
-
-
-


KANI GOTEN RESTAURAT AT SHIRAOI



Boleh pilih2 nanti dia hidang la kat kita .Bawah restoran ni macam pasar gitu, atas dia punya tempat makan. Segala jenis jajan yang ada tester i sibuk cuba. Makan tester sampai kenyang hehe. First time datang Hokkaido, peghak la sikit dah semua makanan sedap. Nak beli semua tak mampu. 




Sini semua king crab je. I tak pernah makan ketam rasanya selamat hidup. Ketam yang dari ketam fresh macam ni. Ni sampai Hokkaido memang test semua benda. 






Fresh. Tak nampak pulak orang gemuk kat Hokkaido ni.  Tengok la depa makan apa ni kat Hokkaido. Sihat2 je semua, tak berminyak . Tauhu, seafood, sayur banyak. Ahahaiiii. Perut kempis je sepanjang kat Jepun tanpa perlo detox.




Satu yang i perasan la, portion makan orang Jepun ni mewah dengan lauk. Variety. I akan tulis 5 entry on Hokkaido nanti korang tengok la makanan2 diorang. Portion mewah dengan lauk. Diorang ni makan makanan yang steam je , mana la xde manusia bulat. Doraemon jela bulatnya punn. 



Eh tolong tolong tangkap gambar Namee camni.....ekekke padahaL tak reti guna chopstick langsung pun. Eh gambar nak masuk blog perlu la vavavooomm baru la traffic tinggi hahahh. Krikk krikk je. Ada peluang ranking google tak. kahkah


Sambil makan sambil tengok view pemandangan laut. 



Perut dah kenyang maka marilah kita jelajah Hokkaido . Zizan Razak ada kan show dia nama Jejak Jepun ke apa tapi tempat2 yang kitorang pergi ni kebanyakan tempat yang dalam rancangan Zizan Razak tu jugak ler! Artis pergi kita pun taknak kalah la uolssss haruslah meretiskan diri. 


Next place yang wajib pergi kalau korang pergi Hokkaido !


-
-
-
-
-
-

-







AINU VILLAGE AT SHIRAOI





Perkampungan Ainu . Puak Ainu ni puak kedua tertua kat Jepun. Sebab tu siap ada museum lagi untuk display pasal budaya puak Ainu ni. Seronok travel ni bila dapat belajar pasal culture orang lain. Macam mana diorang hidup dulu. Kalau datang Hokkaido jangan lupa visit Ainu Museum ni. Tambah sikit ilmu pengetahuan . Dah keluar duit untuk travel, at least bawa balik ilmu di dada cup D gitu. 







With Kak Filla yang jelita . Dulu baca blog kak Filla sebab kak filla lawa hahah. Lesbo sangat.  Hari pertama sampai Hokkaido , jakun tengok snow. 


Em tak kisah la kaki chicken. Memang kena pakai tebal sebab sejuk. Segala jenis squad untuk kecikkan kaki tak peduli lagi, yang penting i tak mereput sejuk. Hari pertama 2 lapis je pakai sebab tukar kat airport, baju banyak dalam luggage je.



Ni hari pertama. Tengok beruang live , jakun. Baru tengok seekor dua kat Ainu Village ni. Tunggu la hari keempat lagi ramaii beruang . Lebih 100 ekor. 


Lain la museum dia sebab ada outdoor and indoor gak. View cantik tapi tasik tapi tasik beku la time ni.


Kaki chicken harusla posing silang kaki dengan harapan nampak V gitu.


Ni tasik beku tu. Patut dilarang masuk, kitorang sesuka hati je hihii.NAsib orang Jepun penjaga Museum sporting je. Cantik kan view, ke i pun cantik ? hahaa. 



Tengok persembahan tentang budaya orang Ainu. Cara kehidupan diorang. Masa ni ramai pelancong dari Korea ada, China ada..Malaysia ada EH ! Kak filla , ujang, jocko semangat duk seat depan. I dah lari2 duduk kat heater je sebab tak tahan tangan tak rasa dah sebab sejuk sangat. 


Muka orang yang buat persembahan ni sama je. Macam family2 diorang gak je. 



Kitorang pun sempat menari sekali tau. Jangan main2 !






-
-
-
-
-
-
-
-
-




THE LAKE VIEW TOYA NONOKAZE RESORT
Malam pertama, stay kat sini ! Ni bilik i sorang aumm sangat. Tapi i tido sepahkan katil sebelah je hahaa duk sibuk charge camera n phone lalu mereput sehinggan terlelap. Tak sabar nak tunggu pagi sebab view lawaa oi...



Ni bila dah pagi. Buka pintu je tengok kak Filla  and Ujang duk selfie and ig story kat luar. 



Makan place !

 Tengok la view nya. Makan sorang xde teman pun xpela cenggini, menung tengok view fabulous.









Kejadian sebelum sarung tangan sebelah hilang . 




Bulan March haritu i pergi Tokyo, now Hokkaido pulak . Kalau korang suka tempat yang tenang2 and kurang sibuk....visit Hokkaido . Boleh lawat macam desa2 sikit and bandar tak havoc macam Tokyo . Tokyo memang hidup betul semua orang jalan sepantas kilat !


Ok ada 4 hari lagiii, tempat2 pergi semua best !


Toodles !



6 comments:

  1. Bestnya hokkaido..1 of my bucket lists

    ReplyDelete
  2. so patung doremon tu org ke robot..!!!??????????????? tak puas hati ni kena pergi balik tanya

    ReplyDelete
  3. kalau ada peluang jejak kaki lagi ke Jepun..definitely akan dtg ke hokaido..cantik dan tenang aje tempatnya..

    ReplyDelete
  4. hi namee. i nak cakap. hokkaido cantik, you pon cantik. hehe. waaaaah macam best je. kena pergi la macam ni. tapi kalau bawak shein, mungkin akan lebih dramatik. lagi 5 entry bila nak up?

    ReplyDelete
  5. bestnye. i cant wait for my trip to japan. in shaa Allah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 photo lumi.jpg