Pages

Wednesday, January 10, 2018

Hokkaido Day 2

Hi

Dulu masa zaman poyo, selalu teringin nak gi tempat yang acah curlass sangat macam New York and Tokyo jewww. Poyo poyo nak bandar je . Tapi sebenarnya kan bila travel ni syok tengok view , belajar culture orang, makanan orang, gaya hidup orang , architecture , nak yang tenang2 je macam laki soft spoken gitu hahah. Tak tahu la sebab i dah mereput tua, so rasa semak pulak if busy2 sangat. hahaa. Korang kalau nak tempat yang tenang, view lawa...Hokkaido best weyh ! Lawa. 


Day 1 i dah tulis dah tempat2 i pergi . Baru sampai terus berjalan, sebab masa itu emas ...Hokkaido Day 1


Malam hari pertama tu kan tidur kat The Lake View Toya Nonokaze Resort. Masa sampai malam dah golap. Masa kat Hokkaido tu kul 430 dah gelap, 330pm waktu Malaysia kami dah gelap dah rasa nak tidur dah. The Lake View Toya Nonokaze Resort ni facing Lake Toya, ya ampun bila pagi lawa gila view. I tengah sibuk siap2 kelam kabut terdengar kak Filla , Ujang duk ber ig story sekarang kitorang kat , tengok view ni..snow nampak tak..cantik tak chuolss . ekekke ( skrip tu i fitnah je tapi keadaan mereka sedang buat ig story la weweweewew)



Lake Toya. Lawa kan snow.  View memang lawa . Malam x nampak apa la...Bila pagi wahhh wahhh jakun. Janji nak video call anak lupa terus. 


Bilik i sorang tauuuu tapi i guna katil sebelah je .Tidur buka lampu pasang surah al ruqyah siap tetiba. ekeke. I baca review katanya hotel ni 3 star tapi sumpah lah macam 5 star jugak bilik nya. I banyak kali je gi hotel 5 star bilik so sadd so saddd Elthon John sangat. :( 



Dah duk hotel gempak of course la bergaya lagak orang kaya  kan tapi x kaya pun tauuuuu lhdn jgn kejar i bluekk . 


Cukup lah kisah dongeng orang kaya. Jom jalan. 




Mount Usu Ropeway
Hari kedua terus nak panjat Mount Usu, nak tengok view dari atas puncak . Mount Usu ni volcano sebenarnya tapi skang tak letup la. Masih active and letup setiap 30 tahun gitu . Lepas letup dia kan tutup la untuk repair la apa yang rosak and bersihkan. Skang tak letup baik cepat2 visit Mt Usu Ropeway. ekekke. I datang time snow, memang lawa gila la view nya. Best nya negara ada 4 musim ni. Hope ada peluang datang lagi musim lain . 


Lawa..


Beli ticket jom. Naik ropeway. I baru tahu ropeway tu apa, ke boleh panggil cable car jugek ? Sian. Lain rupanya. 



Board in Japan, nasib la staff ni cakap english. Bila travel tetiba rasa english penting. Syukur boleh faham english walau grammar i terabur ekeke muet band bape entah so sadd. Ingat staff ni local people, orang Hong Kong rupanya. 





Naik ropeway, sejuk so duduk kepit sopan sikit simpan haba.




Putih. 














Nyampah tak semua gambar nak ada gambar i ? Mencik ke ? I ada haters ke eh ? Tetiba. Scary nya kalau orang x suka tanpa kenal wuuuu. 




Yang baju oren belakang tu la yang bertanggungjawab bawak and jaga kami sepanjang trip ni ! Mr Kazunarikuronasawa . Dia pun berpeluk tubuh tengok perangai kitorang, agak apa dia fikir tu...orang Malaysia mmg camni ke. hihi





Memang lawa sangat view. Hokkaido banyak tempat cantik2. 




Pompuan ni lagi. 


Pastu dah puas tengok view, kita turun balik. Kat bawah tu ada la slope sikit, merasa la we alls naik slide hahaa. Jakun




Kalau tak balance badan sampai ke hujung , mesti tergolek. I tergolek dah, gambar golek memang tak la nak masuk sini. Nanti traffic blog drop. ekekke.








 Tengok la orang 30an pun jadi apa dah. Masing2 anak ramai ni . keke . Anak tengok x ngaku bapak dah. 




 Ini dia lagi entrance Mt Usu Ropeway !






Lake Toya by Toya Lake Ferry 
Hari kedua syok ahh ! Sebab kita focus gi tengok view2 lawa. Dari tengok laki handsome baik tengok view lawa. ekekke. Next kitorang pergi tengok Lake Toya by Toya Lake Ferry ! 


 Yang belah kanan ni la Toya Lake Ferry.  I Ingat bangunan ke apa tak tahu ferry .hehe . Tengok view , actually our location dikelilingi gunung2 berapi tu. 





Beli tiket dulu kat depan !


Dalam ferry !


Kak Filla and Ujang . Gaya orang kaya. 

Masa dalam ferry ni i tak dapat snap photo sangat, iphone mati, camera mati. Nak snap view luar pun tak sompat. So sad, pastu cuaca sejuk gila memang suhu sejuk tu makan batttery. So kalau korang nak travel kat tempat sejuk kan just standby extra camera battery , bawa powerbank . Iphone hang terus tapi bila dia dah suam suam balik dia on balik cuma battery cepat kong la. I perasan Samsung ok, tak ditelan kesejukan gitu. 


Lepas dah round Lake Toya naik ferry, lunch pulak. Masa kat Hokkaido rasa cepat sangat sebab cepat gelap. Cam Sabah Sarawak gitu, untunglaaahhh tidoq awal. ekekke.



Makan kat Mingei Goten : Muslim Friendly Scallop Cooking.

Dah tengahari, ayuh la lunch dulu. Hari2 looking forward nak makan apa suka tengok diorang susun pinggan diorang bila serve food. Very teratur gitu. Kalau i bagi anak i makan siap sorok banyak2 pinggan tak bagi hahah nak kena cuci banyak. Ingat i kuasa ke ?



View sekitar area restoran Mingei Goten. Banyak pelancong makan scallop kat sini. 



 Suka tengok diorang sediakan makanan. I pun noob tanya one of penjaga kitorang Masami San, kalau kat rumah pun memang masak makanan banyak2 jenis gini ke ? Dia kata ya memang banyak pinggan cenggini. ekeke. Tu tengok la kalau dari gamabr atas ni macam2 nak kena potong. :P aaaa



 Makan scallop. Tak pernah2 i makan scallop, kat Hokkaido segala benda cuba. Sini seafood memang fresh la. Makanan semua rebus, grill patut la jarang nampak orang gomok sini. Kat Tokyo lagi lah, dah la makan jenis tak minyak or nasi banyak pastu duk jalan zupzaszupzas laju je bakar calory...bila masa nak gemuk. Ada ke orang Japan mok ? Gempal maybe yes if obese macam belum nampak lagi. 






Scallop tu kita keluarkan sendiri n masak sendiri . Ni video i sodok scallop ekkeke.




A post shared by Namee Roslan (@nameeroslan) on

Waiter perempuan tu siap bagi moral support lagi seterongg seterongg ( strong strong ) !





Kat bawah kedai boleh beli souvenirs . 




Rusutsu Resort
Lepas makan terus gi Rusutsu Resort. Wuuu sebelum sampai Hokkaido i dah google siap dah Rusutsu Resort ni sebab kira tempat famous la untuk activity yang berkaitan snow . Dalam kepala dah berangan dah i ski weee weeeee. Imagine dah posing kat snow sambil minum hot chocolate woww .




Lobby. Luas.  Besar resort nya, silap2 kena guna waze. ekekkekek


Memang purposely design banyak cermin untuk tengok snow. If time snow lebat memang snow tutup cermin semua pastu diorang sodok lah. 


Surau pun besar. Sampai2 je terus dia bawa bilik solat dulu. So far kat Hokkaido ni all Muslim friendly . So macam xde hal sangat la kita2 ni nak travel. 



Kitorang checked in tapi tak masuk bilik baring pun. Gila ke nak baring2 dulu, datang sini bukan selalu..tengah snow pulak tu. Terus explore dulu weee weee.


Kat Rusutsu Resort ni siap ada kelas belajar ski okay. Tengok kat board ramai gila instructor nya. Eh perlu ke i amik class ski ? Naah im fine (lagak) . I okay je kot ekekke. Tengok la satgi gambar golek2 semua.



Ingat baju yang korang beli kat universal traveler acah tanya orang kedai masa beli ni sampai suhu negative bape tahan yeeee ni cukup ke nak keluar dengan baju tu saja ? Tak dapek lerr. Ada baju khas, kalis air sebab snow memang tebal sangat kat Rusutsu Resort ni. Basah baju nanti. 


Dah salin terus gerak ke Snow Mobile. Snow Mobile ni tempat segala activity berkaitan snow lah. Kena naik monorail pi sana. 

Ni gambar masa dalam monorail lah. Gambar monorail tak sempat snap , hp hang terus and camera hang terus. 


Dah sampai !
Snow Activity Land. Kat sini pun kena tukar kasut boot kalis air !

Masuk dalam untuk tukar kasut .



Kat sini kalau suh -3 ke -4 ke takde apa la. This is just the beningging kata manager hotel itu. ekeke sini -22 tu biasa lah tuu. 


Tak pernah dapat, jakun lah .



tehee !



Ready for snow rafting ! Kebanyakan yang datang Rusutsu Resort bawa family. Memang family friendly la sini, aktiviti pun yang anak2 suka. Mak bapak tua pun suka apa lagi anak. Hope nanti nak bawak Adam Noah pulak. 



Baju kitorang pakai tu tebal, kalis air. 



Gondola. Kalau nak ski dari atas jauh2 ke naik gondola ni la.



Sebelum bawa sendiri, kena briefing dulu. Tapi awal2 dah pesan jangan bawak laju. 100 je boleh bawak. InsyaAllah bang, kita tak janji. hahaah 



Lepas settle main2 kat Snow Mobile, kita balik kat Rusutsu Resort. Rasa penat sangat dah. Pastu ada la suara yang kata nak cuba ski then kitorang stay sehari je kat Rusutsu Resort , memang sayang la kalau tak cuba. Nak datang lagi bila je ??

Ujang beriya nak main ski. Tapi semua kena tukar kasut ski dulu. 





Nampak tak laki yang pakai coat tu ? Kitorang siap tanya, tak sejuk ke ? Dia cakap sebab dah biasa memang tak sejuk sangat pun. Dia boleh keluar pakai camtu je biar betul. dah 26 tahun duk Hokkaido katanya, memang winter time dia okay tak sejuk. Dia la yang yang bila kitorang merengek so cold co cold pastu muka masing2 terkejut dengar suhu -4 whattt ???


Dia cakap this is the beginning . ( gaya muka chucky )

 I syak tie dia heattec tahap canggih punya -100 . 



Anzalna Nasir bercuti main skin hebat ke uols ? I pun apa kurangnya. Tengok gaya la hek eleh korang. 




 Mereput. 


Marilah kita sama2 mereput kak Filla. hahahh


During the trip kitorang berempat Kak Filla, Jocko , Ujang and me dijaga oleh 3 orang Mr Kazunarikurosawa, Ms Masami and Mr Wataru . Memang kesian la kat diorang masa main ski ni kitorang asyik nak tergolek je. Kalau ikut dah syok tu memang nk try lain naik atas skit ni turun slope. Tapi sian kat Masami San la tak habis2 pegang angkat i je hahha dia dah la kecik!


Ok la mari pulang ke pangkal jalan. Balik bilik n dinner.

Ni la tempat makan nya. Muslim friendly .


Ni bawah semua our dinner. Complete set, lepas satu satu. Kitorang ingat habis dah tapi ada lagi. ekekeke.




I memang gila dessert la.So setiap kali meal yang lain sedekah kat i . 




Ni la bilik i kat Rusutsu Resort !
I semakkan sebelah katil je. Sebelah katil i letak bag hantu nak tumpang tidur takleh sebab ada bag hihi. 






Toilet and bath room asing. 







Balik cepat2 isi air panas nak rendam. Main ski lenguh kaki duk tahan kaki dari jatuh. hahaa. Aaaa so lega bila kaki berendam air panas. Bukan warm lagi, nak air panas terus sebab kat luar sejuk dia sampai tak rasa tangan. 


View pagi2. Masa ni pulu 645 am Japan time, kat Malaysia pukul 545am . Korang berdengkur lagi.


 


 Jap je dah pagi. Sempat la breakfast sekali . I pulak turun lambat so sempat makan sikit and susu jee. Diorang punya l prepare macam2 halal food untuk kita. :( So sorry.










Habis dah hari kedua in Hokkaido. Hari 3 4 5 pulak. Kalau gi Hokkaido, korang plan dengan kawan 5 6 orang sumpah best !


Toodles. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 photo lumi.jpg