Pages

Wednesday, January 10, 2018

Hokkaido Day 3

Hi

Jap je dah hari 3 . Sebelum putus cinta dengan Rusutsu Resort marilah ambil gambar kenangan satu . Gitu. Miss u . One day nak bawak Adam Noah. Time dah besar sekolah menengah gamaknya hahaa  . 





Pagi tu terus gerak ke Otaru dalam sejam lebih perjalanan. wuuu nasib sempat makan roti and susu. Sebab hari ke 3 kitorang nak explore Otaru je !

Sebelum sampai Otaru tu kitorang singgah dulu kat Kimobetsu ! Popular spot jugak for tourist , kat sini pun snow lebat bila suhu dah masuk negative hujan snow la.  I jap jap lari masuk van balik. 


Kimobetsu
Nampak tak signboard macam cekodok atas tu. Tu makanan popular kat sini. Kat dalam ada kentang , kat luar rangup ! Dah tengah sejuk makan panas2 best aaaaa dengan kopi panas auuumm sangat  !





Dalam ada kentang !



Sejuk2 pun gigih nak bergambar jugak aaaa. Tangan tengah ramas2 paket haba hahaa! Kak Filla , Ujang , Jocko boleh hyperactive kat luar main snow. I surrender dah jap jap masuk van balik cannot tahan la i aircond keta pun tutup. Suka warm je.   Hingus asyik leleh je dah la hidung tak rasa hahaaa hingus turun pun tak sedar. 


Singgah Kimobetsu jap je pastu terus gi Otaru Canal .

Otaru Canal

Nak ke Otaru Canal tu kena menapak sikit. Alah 5 minutes walk je . Sambil jalan sambil cuci mata. 

Otaru Canal ni tempat apa ? Kenapa gi sana , best ke ? Meh sini nak cerita. Otaru Canal is laluan kapal. Masa lewat tahun 1880 , Otaru Canal ni jadi laluan untuk import export barang dan fishing port. Sekeliling Otaru Canal tu semua bangunan dan kilang masa Otaru Canal masih beroperasi untuk angkat2 barang. 


Tapi bila zaman makin modern, Otaru Canal ni dah tak diguna lagi. Jadi diorang jaga dan dah jadi tarikan pelancong sebab bangunan tu seni architecture lama. Historical building. Macam kalau kat KL kan kita ada bangunan lama kat dataran merdeka tu. Gitu. Jalan negara orang seronok tengok architecture nya jugak. 



 Snow halus nyaa. Letak sirap sikit buat ais kepal best ni. 




Sekitar Otaru Canal. Wow i guna word sekitar. Ramai wey since memang ni tempat pelancong. 



Ni sape la tangkap kan gambar i ni muka gangster. 




Ni orang besar Otaru City ni. Kira dia jaga Otaru ni. 









Amacam bergaya tak ?  Poyo je kan semua nak muka sendiri eh ehhh. 






 I ingat apa benda la ni ? Ingat makanan burung ke apa rupanya kulit2 shell tu dia hancur2 kan. bila snow tebal, serious jalan licin. Tips untuk jalan musim snow kena pakai kasut yang ada tapak tebal complex supaya boleh grip time jalan. 




 Kulit2 shell tu diorang hancurkan so bila nak jalan...korang tabur kat atas jalan sambil jalan atas serbuk2 ni. Tak la jatuh gelincir !  Amik sikit kat tapak tangan. Ni kalau emergency kalau korang lupa pakai kasut tapak grip. Amik ni tapi botol tu letak balik la kat kotak tu. 





Suhu time -0.5 ek.....sejuk. Tangan i jap2 genggam paket haba haha. Apa nama dia nanti i google balik la apa nama dia murah je kat Daiso ada jual. 


Lepas dah jalan Otaru Canal , kita gi lunch pulak !



Hari ketiga kita lunch kat Autsuka Dining , Seafood lunch !



Autsuka Dining , Seafood lunch
Restoran ni dalam perkampungan nelayan betul2 depan laut. Siap boleh bau laut and ikan2 fresh lagi !



Fresh from the oven. 



 Scallops and siput laut memang famous la sini !





Siput laut. 



Rasa macam kat rumah je. 



Food presentation lawa jadi kena snap photo dulu. Yang memang i tak pernah makan sepanjang hidup is scallops and siput laut tu tapi memang i cuba gak ! Bukan selalu dapat rasa . Boleh masuk fear factor tak i ? hihi 


Orang Jepun dah makan dah, kita sibuk amik gambar lagi. 



Kat Malaysia takde Kirin jadi kena posing satu.




Feeling ootd la uols. Tapi tak upload ig pun sebab nanti tak banyak like ekekke. Kalau gambar ada baby amboii kemain korang. Mak budak korang xnak dah so sad.









Masjid Al Noor , Hokkaido Otaru Shi.
Lepas settle makan and gedik2 ootd, dah time solat dah. Singgah masjid dulu. Senang la ada masjid. Macam bila diminta komen tentang Muslim Friendly dan Japan, i rasa memang takde masalah. Macam diorang hormat je agama kita. Kalau makanan tu tak halal awal2 dah bagitau. I pernah terambik food tak halal tapi diorang bagitau la cannot cannot. 



Ni la orang yang jaga masjid ni. Asal Pakistan tapi stay Hokkaido dah lama. Dengar2 ada bisnes kereta lagi kat sini. I pun tak tahu la pesal i cerita pasal diorang hahahh. Saja nak bagi caption gambar panjang. ahaha


Bersih. Tiada bauan tak enak pun hihi. 








Otaru City , Sakaicho Street

Lepas solat, terus pergi Otaru City. Hari ketiga memang nak godek Otaru City saja. Pagi dah smepat singgah Otaru Canal kan. 




Ramai . Pelancong China, Korea banyak gak. Muka dekat sama je tapi once cakap tau la dari mana hehe.






Kitorang ada 1 jam untuk jalan2 kat Otaru City, Sakaicho Street. Sakaicho street ni banyak kedai jual food souvenirs macam cookies, chocolate, ice cream ke , memang sepanjang jalan tu makanan jela nampak. So kalau nak beli food souvenirs boleh beli kat sini. 


Rilek la semua ada tester la. So try dulu before beli. Kalau jahat try semua sampai kenyang hahahh !




Kak Filla and awek Jepun. Cheesecake and cream . Sedapnya rasa nak kena beratur banyak2 round ni nak tester sampai kenyang. 




Di mana ada tester, di situ ada kami.






Cukup2 dah tester hunting ekekke. Jom kita gi Otaru Music Box pulek !




Otaru Music Box


Masa mula2 tengok dalam jadual ada Otaru Music Box i ingat cam gallery music box jela. Rupanya siap boleh buat music box sendiri okay . Yabedabeduuu ! Boleh pilih lagu apa korang nak, ornaments apa korang nak, segala jenis detail nak macam mana sukahati lah. So music box yang korang dah buat dengan kasih sayang ni boleh simpan as kenangan atau buat gift ke orang tersayang gituuu. 


Ni contoh music box yang orang dah buat. 






Pilih lagu apa nak. Lagu Titanic pun ada, lagu Westlife pun ada macam2 lagu. Tengok la nak hadiahkan kat sape. Kalau cinta2 pilih la lagu cinta.  Sweet sweet gitu. 





Comel nya kecik kecik.  Rambang mata nak pilih. Ikut syaitan bisik kat telinga kiri ni suh amik semua. 

















Dalam Otaru Music Box !




 Orang lain punya lawaaa. Ni display punya.



hihi. Buat la satu family . 


Ni i punya. I pilih tapak bulat sebab cute. Dia ada banyak jenis tapak.








Taddaaa ! Syok jugak ada souvenirs camni. Lepas siap dia akan pack kan siap2.






Otaru Music Box Museum
Dah settle hari pun dah gelap. Singgah Otaru Music Box Museum jap . Kat sini macam2 jenis music box, and souviners ada. 





Masa ni battery i tinggal 1 percent je dek dimakan suhu sejuk. So gambar dalam ni tak banyak la dalam iphone ada satt transfer .




I tak beli pape pun. Tengok je alang2 kat Otaru kan mesti la masuk museum ni. 






Otaru Canal Night View
Hari memang dah gelap. Then kitorang gi Otaru Canal balik untuk tengok view malam !


Taddaaa ! Ya ampun malam pun ramai wey orang. Semua pelancong la of course ! Sedih masa ni camera dah mati so guna iphone je lerr gambar tak sharp. If guna camera lagi lawa view malam ni hehe. 









Kaniya Hontan
Dah puas berjalan pusing Otaru sepanjang hari jom kita dinner. kat Kaniya Hontan. Malam ni kita dinner ketam. King crab. Sini tak main baby baby punya ketam . King terus  !








Eeeeyayyyyy ada sushi. I tak reti sangat makan mentah so i rebuskan jugak hehehh. Sedap !  Burp kenyang ! Portion makan diorang mcm banyak and macam2. Memang kenyang betul la, kadang serba salah sebab ada tak habis hihi. 




Lepas kenyang tak puas lagi, merayap kat Sapporo pulak malam nya. Malam hari ketiga ni kita stay kat Richmond Hotel, Sapporo. Kita pergi berempat tapi Jocko dah banyak kali pergi so dia la macam tour guide pulekk. Tahu je mana nak pergi and mana murah. 


Mari la merayap sekejap sebelum tidur.



Sapporo..just a casual walk je sebab sini by 9 nak tutup dah tak sempat nak usha kasut. 
lepas dinner terus jalan kaki ke sini. Tapi kejap saja ler . 








Apa ni Goku ke..





I memang nyesal la tak beli banyak Gshock kt Sapporo sebab harga dia murah. So kalau korang ada kat Sapporo ni patut la beli . 



















7 eleven Japan , of course jakun hihi. 


Ok dah dah i memang ngantuk gila dah, so jom tidurr....esok long journey lagi. Sorry gambar bilik xde pulak. Best stay kat Richmond ni sebab bawah je dah shopping street and kedai tax free lagi. Strategik la for traveler .



Bilik dia compact tapi selesa !

Toilet nya !


Habis dah day 3, i pengsan .


Sambung day 4 and 5 okay.


Toodles. 













2 comments:

  1. Melancong ke Jepun ke kita nei?
    Bestnya.... bab siput laut yang tak tahan

    ReplyDelete
  2. You are so lucky you get to go there! I teringin juga pergi tempat sejuk2 snow2 macam ni tapiiii..i jenis yang tak tahan sejuk sejak lepas dah beranak dua ni. pergi snow world pon i dah terketar2 paksa rela masuk tak sampai 10 minit dah lari keluar kejung! LOL! tidur malam2 pon jenis yang kipas nombor 3 pon i dah tarik selimut sampai ke muka. camnoooo?!??!?!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 photo lumi.jpg